Soalan :
Kemalangan boleh berlaku dimana mana sahaja di tempat kerja
, dijalanraya, disekolah , di rumah dan lain-lain . Apakah langkah-langkah
keselamatan penting yang perlu diambil bagi mencegah kemalangan dari
berlaku ?
Jawapan :
Prinsip asas pencegahan kemalangan ialah sebelum sesuatu
pekerjaan atau tugas hendak dilaksanakan , kita hendaklah melaksanakan 3
perkara iaitu Mengenalpasti, Menilai dan Mengawal . Mengenalpasti apakah potensi-potensi bahaya
yang mungkin ada , Menilai potensi
potensi bahaya itu sama ada ianya boleh mendatangkan keberangkalian yang tinggi
menyebabkan kemalangan berlaku dan apakah akibatnya jika kemalangan berlaku.
Contoh yang paling mudah , kita hendak memandu kenderaan ke suatu destinasi potensi-pontensi bahaya mungkin
terdapat pada kenderaan kita tayar yang haus, brek atau injin yang kurang baik. Potensi potensi bahaya itu dinilai jika
tayar itu telah haus adakan ianya boleh
menyebab kemalangan ? dan jika berlaku kemalangan akibat dari nya apakah
kesannya ? . Selepas mendapat jawapannya langkah seterusnya ialah mengambil
langkah-langkah kawalan yang sesuai bagi mencegah kemalangan dari berlaku
No comments:
Post a Comment