Tuesday, 1 March 2016

Soalan Paper 3 Skill Station
1.     Diberi kenyatan dasar keselamatan dan kesihatan  soalannya nyatakan kesalahan pada dasar tersebut dan kenapa ianya penting
Jawapan : tiada tarikh, ditandatangan oleh Pengurus Sumber manusia , tiada nama syarikat .
Penting : kehendak perundangan section 16 AKKP 1994 : majikan menyatakan komitmen terhadap Keselamat dan kesihatan pekerja : starting point untuk perancangan dan pelaksanaan OSH; panduan untuk semua kaki tangan untuk tindakandan keputusan ; menunjukkan keperhatinan pengurusan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja
2.     Diberi Risk matrix table dan gambar orang sedang bekerja mencuci cermin di atas bangunan tinggi soalan  buat analisa risiko untuk risk rating dan cadang langkah kawalan
Jawapan  : Risiko = Keberangkalian x Keterukan
                                Keberangkalian ( Sangat mungkin) x Keterukan (kematian)
      Risk Rating  = High  (Tinggi)
Langkah kawalan : Merancang ( HIRAC), pemilihan pekerja terlatih dan kompeten, menyedia peralatan yg sesuai  dan selamat, mengadakan system Permit kerja, mengadakan SOP, menyedia dan memastikan pemakaian PPE, mengadakan latihan, membuat penyeliaan, mengasakan system komunikasi
3.     Diberi gambar orang sedang bekerja di atas scaffolding . Diberi 3 buak Akta . Nyakan 2 peruntukan undang yg berkaitan dengan gambar itu
Jawapan : Peraturan 72 Peraturan Building Operation and Works Engineering Construction) (safety) 1986 ; Seksyen 15 AKKP  1994
4.     Diberi gambar wiring yaqng buruk . Soalan nyatakan  hazard dan risiko serta langkah kawalan
Jawapan : Renjatan, kebakaran., pencahayaan, elektrik static
Langkah kawalan : perlindungan litar. Suis pengasingan, penyelenggaraan dan pembaikan, pembumian . perlindungan (emergency stop switch)
5.     Diberi gambar mesin yang terdapat belting dan pulley tidak di pagar . Soalan nyatakan hazard dan langkah kawalan
Jawapan : hazard :menarik ke dalam, membelit
Langkah kawalan : kenalpasti hazard, penaksiran  risiko dan mengadakan langkah kawalanyang sesuai antara nya mengadakan pengadang kekal, SOP, latihan pekerja, pemeriksaan , penyelenggaraan,
6.     Diberi gambar wire rope yang rosak atau pecah , Nyatakan risiko dan langkah kawalan
Jawapan : wire rope putus , beban terhempas menimpa pekerja atau harta  benda
Langkah kawalan : Penyelenggaraan berjadual, proram pemeriksaan  jentera, kaedah mengangkat yang betul, tidak mengangkat beban berlebihan
7.     Gambar Forklift sedang mengangkat drum berisi bahan kimia , ada seorang pekerja berada berdekatan. Nyatakan kemalangan yg boleh berlaku  dan langkah kawalan
Jawapan : jentera terbalik, jentera melanggar pekerja, dihempap beban yang diangkut, terjatuh dari atas jentera, dilanggar oleh jentera
Langkah kawalan : Kawalan ke atas pemandu ( latihan, kompeten) , Kawalan jentera ( program penyelenggaraan berjadual, pemeriksaan kenderaan, pasang perenti had laju), Kawalan
persekitaran ( garisan kuning, tempat memunggah atau parking, memasang cermin panduan diselekoh tajam ), Kawalan pentadbiran (papan tanda had laju, penyeliaan, SOP)
8.     Diberi satu data mengenai kemalangan di soalan nya berapa kadar insiden
Jawapan guna formula  kadar insiden = Bilangan kemalangan  x 1000 bahagi  purata pekerja setahun
9.     Diberi contoh CSDS soalannya ialah apakah maklumat yang tiada di dalam CSDS itu .
10.  Diberi gambar orang sedang mengangkat barang secara  manual . Pilih gambar cara angkat yang  betul


No comments:

Post a Comment