SOALAN PAPER 3
: SKILL STATION
Terdapat 10
meja yang di letakkan secara parallel bersebelahan dan peserta diminta
menjawab 5 minit bagi setiap soalan pada
setiap meja kecuali soalan di meja 10 peserta di beri masa 10 minit untuk
menjawab.
Station 1
Diberi gambar
menunjukkan Lifting Crane sedang mengangkat beban (load)
(a)
Nyatakan 4 sebab yang boleh menyebabkan gear
pengangkat (lifting gear) boleh rosak
Jawapan
: 1. Mengangkat beban melebihi had yang
ditetapkan (overload) 2. Kurang atau
tiada penyelenggaraan pencegahan dijalan (poor preventive maintenance) 3. Cara pengendalian semasa mengangkat beban
yang salah atau tidak selamat 4. Peralatan gear yang digunaq tidak mengikut
atau memenuhi standard 5. Peralatan gear
telah haus
(b)
Nyatakan 4 cara bagaimana mengendali/ mencegah
kejadian ini berlaku
Jawapan
: 1. Operator Crane yang kompeten dan terlatih 2. Menjalankan preventive maintenance secara
berkala 3. Sentiasa menggunakan Load
Chart semasa mengangkat beban supaya beban yang diangkat tidak melebihi had
(over Load) 4. Mengamalkan cara angkat beban yang betul dan
selamat (Safe method of lifting)
Station 2
Diberi 4
gambar mengenai Electrical Hazard ia itu :
1)
Gambar palam lampu yang terkeluar/ terpotong
wayarnya Jawapan : Renjatan elektrik , litar pintas , kebakaran
2)
Gambar wayar yang terkepit diantara pintu Jawapan
Kebakaran , renjatan
3)
Gambar wiring yang berselerak di atas lantai
di tapak pembinaan tiada penebat Jawapan
: renjatan, litar pintas , tersandung(terjatuh)
4)
2 buah
plug disambung dalam satu palam Jawapan : Lebihan beban , kebakaran, litar
pintas
Nyatakan
hazard / kemungkinan bahaya dialam
gambar tersebut (setiap satu)
Station 3
Diberi gambar
A hingga K ( 4 helai kertas)
A . Topi
keselamatan B. Pelindung telinga (Ear Muff) C. Sarung tangan Nitrille D.
Pelindung Pernafasan (Respirator) E. Face shield F. Pelindung mata (eye
protector) G. Ear plug H. Pelindung pernafasan habuk (dust musk) I.
Pelindung muka kimpalan (welding face shield) J. Full Body Harness K. Safety
belt
Nyatakan PPE
yang paling tepat dan bersesuaian dipakai ?
a.
Bekerja di kawasan bising lebih 100 dB(A) secara
berterusan : Jawapan B
b.
Bekerja di kawasan Asid Hidroklorik tinggi :
Jawapan C
c.
Membuat kerja kimpalan : Jawapan I
d.
Bekerja di tempat tinggi : Jawapan J
Station 4
Diberi lembaran
CSDS (12 muka surat) yang mengandungi 15
maklumat asas bahan kimia. Soalan ialah
1)
Bagaimana memadam kebakaran berpunca dari bahan
kimia ini
2)
Peralatan keselamatan apa yang perlu bagi
mengendali bahan ini
3)
Nyatakan apakah ungkapan risiko bahan ini(risk phrase)
4)
Nyatakan apakah ungkapan keselamatan bahan ini
(Safety phrase)
Station 5
Gambar
scenario kejadian seorang pekerja sedang
membawa dulang berisi gelas dan beliau
sedang berjalan turun dari sebuan tangga , kelihatan beliau sedang melihat ke
arah lain dan terdapat permukaan lantai
yang rosak dan pekerja itu terjatuh ke bawah
(cedera).
a.
Nyatakan bagaimana kejadian ini terjadi Jawapan : Unsafe Act (pakai kasut tidak
sesuai , tidak pandang depan, guna peralatan yang salah (dulang) ; Unsafe
Condition ( Tangga, permukaan lantai yang rosak
b.
Bagaimana mencegah kejadian ini. Jawapan :
Mengadakan Polisi K &K, SOP , Latihan, program penyelenggaraan tempat
kerja, pemeriksaan tempat kerja, peralatan dan pakaian yang sesuai
Station 6
Diberi 3 buah Akta yang di letak di atas meja untuk
di rujuk bagi menjawap soalan ini.
Gambar
perancah (scaffolding) dengan 2 orang
pekerja bekerja di atasnya tanpa memakai
safety narness, safety shoes, topi keselamatan dan lifelines
a.
Nyatakan 2 Akta yang berkaitan di dalam OSH mengenai
perkara ini : Jawapan FMA 67 dan OSH Act 94
b.
Nyatakan 2 peraturan yang berkaitan denga perancah :
Jawapan Section 15 OSH Act 94 dan
Factories and Machinery (Building Operation and Works of Engineering
Construction ) (safety ) Regulation 1986
c.
Nyatakan Peraturan khas mengenai penyeliaan oleh Orang Kompeten bagi
mengendali kerja memasang perancah :
Jawapan Peraturan 74(1) Factories and Machinery (Building Operation and Work of
Engineering Construction) (safety) Regulation 1986
Station 7
Diberi gambar
label bahan kimia yang tidak mempunyai maklumat lengkap . Nyatakan 2 maklumat
yang tiada didalam label itu . Mengapa kedua dua maklumat itu penting ?
Jawapan : 1.
Maklumat tentang tanda bahaya tidak ada ia itu sepatut nya CORROSIVE 2.
Maklumat tentang nama bahan kimia tidak ada dalam label
Jawapan : Kedua dua maklumat ini penting bagi tujuan
pengenalian hazard dan penganalisaan risiko serta mengadakan langkah langkah
kawalan yang berkesan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja
Station 8
Gambar seorang
pekerja sedang mengendali sebuah mesin
Planer (pengetam kayu) automatic . Soalannya :
a)
Sebutkan 2 faktor utama yang perlu dilakukan sebelum mesen
dikendalikan Jawapan :
Jawapan
: 1. Faktor Manusia (berpengalaman,
kompeten, terlatih, sihat badan dan mental , umur 16 tahun dan keatas) ;
2. Faktor Jentera (Pengadaan pengadang, kestabilan jentera, rekabentuk selamat,
butang kawalan berciri ergonomic) 3. Faktor Persekitaran (pencahayaan,
ventilation, tidak terlalu bising, ruang kerja yang cukup)
b)
Sebutkan 2 cara bagaimana memastikan factor
factor diatas dapat dilaksanakan
Jawapan
: 1. Mengadakan Dasar Keselamatan dan
Kesihatan,2. Menjalankan latihan, 3. Menjalan penyeliaan 4. Mengadakan SOP , 5.
Pemeriksaan 6. Program penyelenggaraan 7. Papan tanda amaran 8. Menukar kaedah
kerja
Station 9
Diberi 2
gambar iatu gambar pertama Local Exhaust Ventilation dan gambar kedua General
Ventilation. Nyatakan definasi peralatan tersebut dan beri kegunaan peralatan tiap peralatan ini.
Jawapan :
General Ventilation atau pengaliran udara pencairan ialah pengaliran udara yang
membekal atau menyedut keluar isipadu udara yang besar bagi tujuan
pencairan kontamina atau mengurang
kepekatan kontamina . Kegunaannya sesuai untuk 1. Tempat kerja yang penjanaan
kontaminanya rendah 2. Ketoksikan kontamina rendah 3. Lokasi pekerja jauh dari
punca penjanaan kontamina 4. Pelepasan kontamina seragam
Local Exhaust
Ventilation ialah system pengalihan kontamina dengan cara memerangkap kontamina
pada atau berdekatan punca penjanaan kontamina
dan mencegah penyebaran kontamina
keseluruh kawasan kerja. Kegunaan : 1.Tempat kerja yang menjana
kontamina toksik atau sangat toksik 2.
Kepekatan kontamina tinggi dan berbahaya 3. Punca (source) pelepasan atau
penjanaan kontamina adalah besar 4. Kedudukan pekerja hamper dengan punca
penjanaan/ pelepasan kontamina
Station 10
Sehelai kertas
yang mengandungi senarai bahan/hazard
dan Had Pendedahan Dibenarkan (PEL)
diantaranya ialah:
Bunyi bising 90 dB(A) ; Carbon Monoksida 25 ppm ;
Silica dust 0.1 mg/m3 ; Sinaran ion 5 ;
Turpentine 100 ppm .
Seorang Juru
Perunding telah dilantik untuk membuat
Risk Assessment dan daripada
laporan yang dibuat paras pendedahan
adalah seperti berikut :
Bunyi bising
87 dB(A) ; Carbon Monoksida 500 ppm ; Silica dust 0.01 ; Sinaran ion 0.5 ; Turpentine 150 ppm Soalannya :
Kategorikan
risiko mengikut keterukan ( 1 – Sangat
Tinggi / 2 – Sederhana / 3 – Rendah) Tandakan X pada petak di bawah
|
1- Sangat
tinggi
|
2- sederhana
|
3 - rendah
|
Bunyi Bising
|
|
X
|
|
Karbon Monoksida
|
X
|
|
|
Silica Dust
|
|
|
X
|
Sinaran ion
|
|
|
X
|
Turpentine
|
X
|
|
|
Jawapan : Cara
menjawabnya ialah jika paras pendedahan sama dan lebih dari PEL tanda x pada ruang 1- SANGAT TINGGI; 2- SEDERHANA jika kurang dari PEL tapi lebih
dari Action Level ( Noise 85 dB(A) ; bahan kimia separuh dari PEL ; 3-
RENDAH jika kurang dari Action Level)
tq tuan
ReplyDelete