Tuesday, 1 March 2016

SOALAN PAPER 3 : SKILL STATION
Terdapat 10 meja yang di letakkan secara parallel bersebelahan dan peserta diminta menjawab  5 minit bagi setiap soalan pada setiap meja kecuali soalan di meja 10 peserta di beri masa 10 minit untuk menjawab.
Station 1
Diberi gambar menunjukkan Lifting Crane sedang mengangkat beban (load)
(a)   Nyatakan 4 sebab yang boleh menyebabkan gear pengangkat (lifting gear) boleh rosak
Jawapan :  1. Mengangkat beban melebihi had yang ditetapkan (overload) 2.  Kurang atau tiada penyelenggaraan pencegahan dijalan (poor preventive maintenance) 3.  Cara pengendalian semasa mengangkat beban yang salah atau tidak selamat 4. Peralatan gear yang digunaq tidak mengikut atau memenuhi  standard 5. Peralatan gear telah haus
(b)   Nyatakan 4 cara bagaimana mengendali/ mencegah kejadian ini berlaku
Jawapan : 1.  Operator  Crane yang kompeten dan terlatih 2.  Menjalankan preventive maintenance secara berkala 3.  Sentiasa menggunakan Load Chart semasa mengangkat beban supaya beban yang diangkat tidak melebihi had (over Load)  4.  Mengamalkan cara angkat beban yang betul dan selamat (Safe method of lifting)
 Station 2
Diberi 4 gambar mengenai Electrical Hazard ia itu :
1)     Gambar palam lampu yang terkeluar/ terpotong wayarnya Jawapan : Renjatan elektrik , litar pintas , kebakaran
2)     Gambar wayar yang terkepit diantara pintu Jawapan Kebakaran , renjatan
3)     Gambar wiring yang berselerak di atas lantai di tapak pembinaan  tiada penebat Jawapan : renjatan, litar pintas , tersandung(terjatuh)
4)     2  buah plug disambung dalam satu palam Jawapan : Lebihan beban , kebakaran, litar pintas
Nyatakan hazard / kemungkinan bahaya  dialam gambar tersebut (setiap satu)
Station 3
Diberi gambar A hingga K ( 4 helai kertas)
A . Topi keselamatan B. Pelindung telinga (Ear Muff) C. Sarung tangan Nitrille D. Pelindung Pernafasan (Respirator) E. Face shield F. Pelindung mata (eye protector) G.  Ear plug  H. Pelindung pernafasan habuk (dust musk) I. Pelindung muka kimpalan (welding face shield) J. Full Body Harness K. Safety belt
Nyatakan PPE yang paling tepat dan bersesuaian dipakai ?
a.     Bekerja di kawasan bising lebih 100 dB(A) secara berterusan : Jawapan B
b.     Bekerja di kawasan Asid Hidroklorik tinggi : Jawapan C
c.     Membuat kerja kimpalan : Jawapan I
d.     Bekerja di tempat tinggi : Jawapan J
Station 4
Diberi lembaran CSDS  (12 muka surat) yang mengandungi 15 maklumat asas bahan kimia. Soalan ialah
1)     Bagaimana memadam kebakaran berpunca dari bahan kimia ini
2)     Peralatan keselamatan apa yang perlu bagi mengendali bahan ini
3)     Nyatakan apakah ungkapan risiko  bahan ini(risk phrase)
4)     Nyatakan apakah ungkapan keselamatan bahan ini (Safety phrase)
Station 5
Gambar scenario kejadian seorang pekerja  sedang membawa dulang  berisi gelas dan beliau sedang berjalan turun dari sebuan tangga , kelihatan beliau sedang melihat ke arah lain  dan terdapat permukaan lantai yang rosak dan pekerja itu terjatuh ke bawah  (cedera).
a.     Nyatakan bagaimana kejadian ini terjadi  Jawapan : Unsafe Act (pakai kasut tidak sesuai , tidak pandang depan, guna peralatan yang salah (dulang) ; Unsafe Condition ( Tangga, permukaan lantai yang rosak
b.     Bagaimana mencegah kejadian ini. Jawapan : Mengadakan Polisi K &K, SOP , Latihan, program penyelenggaraan tempat kerja, pemeriksaan tempat kerja, peralatan dan pakaian yang sesuai
Station 6
Diberi  3 buah Akta yang di letak di atas meja untuk di rujuk bagi menjawap soalan ini.
Gambar perancah (scaffolding)  dengan 2 orang pekerja bekerja di atasnya tanpa  memakai safety narness, safety shoes, topi keselamatan dan lifelines
a.     Nyatakan 2 Akta yang berkaitan di dalam OSH mengenai perkara ini : Jawapan FMA 67 dan OSH Act 94
b.     Nyatakan 2 peraturan yang berkaitan denga  perancah :  Jawapan Section 15 OSH Act 94 dan  Factories and Machinery (Building Operation and Works of Engineering Construction ) (safety ) Regulation 1986
c.     Nyatakan Peraturan khas  mengenai penyeliaan oleh Orang Kompeten bagi mengendali kerja memasang perancah  : Jawapan Peraturan 74(1) Factories and Machinery (Building Operation and Work of Engineering Construction) (safety) Regulation 1986
Station 7
Diberi gambar label bahan kimia yang tidak mempunyai maklumat lengkap . Nyatakan 2 maklumat yang tiada didalam label itu . Mengapa kedua dua maklumat itu penting ?
Jawapan : 1. Maklumat tentang tanda bahaya tidak ada ia itu sepatut nya CORROSIVE 2. Maklumat tentang nama bahan kimia tidak ada dalam label
Jawapan  : Kedua dua maklumat ini penting bagi tujuan pengenalian hazard dan penganalisaan risiko serta mengadakan langkah langkah kawalan yang berkesan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja
Station 8
Gambar seorang pekerja sedang mengendali sebuah mesin  Planer (pengetam kayu) automatic . Soalannya :
a)     Sebutkan 2 faktor utama  yang perlu dilakukan sebelum mesen dikendalikan Jawapan :
Jawapan : 1. Faktor Manusia (berpengalaman,  kompeten, terlatih, sihat badan dan mental , umur 16 tahun dan keatas) ; 2. Faktor Jentera (Pengadaan pengadang, kestabilan jentera, rekabentuk selamat, butang kawalan berciri ergonomic) 3. Faktor Persekitaran (pencahayaan, ventilation, tidak terlalu bising, ruang kerja yang cukup)
b)     Sebutkan 2 cara bagaimana memastikan factor factor  diatas dapat dilaksanakan
Jawapan :  1. Mengadakan Dasar Keselamatan dan Kesihatan,2. Menjalankan latihan, 3. Menjalan penyeliaan 4. Mengadakan SOP , 5. Pemeriksaan 6. Program penyelenggaraan 7. Papan tanda amaran 8. Menukar kaedah kerja
Station 9
Diberi 2 gambar iatu gambar pertama Local Exhaust Ventilation dan gambar kedua General Ventilation. Nyatakan definasi peralatan tersebut dan  beri kegunaan peralatan tiap peralatan ini.
Jawapan : General Ventilation atau pengaliran udara pencairan ialah pengaliran udara yang membekal atau menyedut keluar isipadu udara yang besar bagi tujuan pencairan  kontamina atau mengurang kepekatan kontamina . Kegunaannya sesuai untuk 1. Tempat kerja yang penjanaan kontaminanya rendah 2. Ketoksikan kontamina rendah 3. Lokasi pekerja jauh dari punca penjanaan kontamina 4. Pelepasan kontamina seragam
Local Exhaust Ventilation ialah system pengalihan kontamina dengan cara memerangkap kontamina pada atau berdekatan punca penjanaan kontamina  dan mencegah penyebaran kontamina  keseluruh kawasan kerja. Kegunaan : 1.Tempat kerja yang menjana kontamina toksik atau sangat toksik  2. Kepekatan kontamina tinggi dan berbahaya 3. Punca (source) pelepasan atau penjanaan kontamina adalah besar 4. Kedudukan pekerja hamper dengan punca penjanaan/ pelepasan kontamina
Station 10
Sehelai kertas yang mengandungi senarai bahan/hazard  dan Had Pendedahan Dibenarkan (PEL)  diantaranya ialah:
Bunyi bising        90 dB(A) ; Carbon Monoksida 25 ppm ; Silica dust 0.1 mg/m3 ; Sinaran ion 5  ; Turpentine 100 ppm  .
Seorang Juru Perunding telah dilantik untuk membuat  Risk Assessment  dan daripada laporan yang dibuat  paras pendedahan adalah seperti berikut :
Bunyi bising 87 dB(A) ; Carbon Monoksida 500 ppm ; Silica dust  0.01 ; Sinaran ion 0.5  ; Turpentine 150 ppm                       Soalannya :
Kategorikan risiko mengikut  keterukan ( 1 – Sangat Tinggi / 2 – Sederhana / 3 – Rendah) Tandakan X pada  petak di bawah

1-     Sangat tinggi
2-     sederhana
3 - rendah
Bunyi Bising

X

Karbon Monoksida
X


Silica Dust


X
Sinaran ion


X
Turpentine
X


Jawapan : Cara menjawabnya ialah jika paras pendedahan sama dan lebih dari PEL  tanda x pada ruang 1- SANGAT TINGGI;  2- SEDERHANA jika kurang dari PEL tapi lebih dari Action Level ( Noise 85 dB(A) ; bahan kimia separuh dari PEL ; 3- RENDAH  jika kurang dari Action Level)




1 comment: